Saturday, April 19, 2008

Pengenalan

Assalamualaikum wrh wbt,

Syarikat Proniaga Agro ini telah ditubuhkan pada bulan Februari 2007. Ia terdiri daripada 10 orang bekas siswazah yang berasal dari Negeri Sembilan. Lokasi ladang kami terletak di Kampung Mambau, Negeri Sembilan kira-kira 5 km dari pusat bandar Seremban.

Syarikat kami mempunyai 11 orang pekerja mahir bagi membantu menjalankan operasi pembuatan polibag cendawan, pemetikan cendawan dan kerja² lain.

Kami juga bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat banyak tunjuk ajar dan bimbingan secara berterusan dari Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Pelbagai bantuan dan intensif dari Jabatan tersebut telah disalurkan kepada syarikat kami secara beransur².

Proniaga Agro telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan pada 3 Mac 2008.